"SATU DUNIA SATU PERSETIAAN"

Tuesday, March 31, 2009

PERKHEMAHAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NG PERAK 2009


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah berjaya melaksanakan Kem Ujian Pentarafan pada 26 hingga 29 Mac 2009 bertempat di Kem Kota, Layang-layang Kiri, Bota, Perak.
Seramai 137 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu seramai 111 orang peserta lelaki dan 26 orang peserta perempuan. Saya dan En. Amiruddin Baki dari daerah Batang Padang yang menjadi Ketua Kem bersama ingin merakam jutaan terima kasih kepada para jurulatih yang telah bertukus-lumus dari hari mula ke hari yang terakhir.
Kami merasa berbesar hati kerana kem kali ini telah dilawati oleh seorang ahli pengakap dari negara Austria (En.Leouhard Neunteufel)yang ingin merakamkan pengalaman peserta ujian untuk dijadikan kenangan beliau selama satu semester(program pertukaran pelajar) di UTP Sri Iskandar. Di samping itu En Yeoh Seng Choon(bekas Pen. Pesuruhjaya Negara - Bhgn Latihan) juga berkesempatan untuk bersama di dalam kem tersebut.
Semoga kem ini dapat memberi pengalaman dan pengajaran yang berguna khususnya kepada peserta ujian untuk dijadikan pedoman di masa hadapan.

Sunday, March 15, 2009

Ucapan Tahniah

Program Mac:
1.Kem Lencana Keris Emas Daerah LMS (290 peserta)
2.Kem Lencana Kepandaian Pengakap Muda (92 peserta)
3.Intro Kelana (35 peserta)

Pada tarikh 13-15 Mac 2009 di Kem Hutan Lipur Kaki Bukit dan Wisma Pandu Puteri Taiping.
Pihak PPMD LMS dan PLD mengucapkan Jutaan TERIMA KASIH dan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada;

1.Semua anak-anak pengakap yang hadir mengambil ujian lencana,
2.Semua rakan-rakan Pemimpin dan Penolong Pemimpin yang terlibat serta tidak pernah jemu (siang,malam,panas dan hujan)

Terima Kasih juga kepada;
1.Pejabat Pelajaran Daerah LMS
2.Pejabat Hutan Daerah LMS Taiping
3.PDRM Taiping

Thursday, March 12, 2009

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah LMS 1/2009

Tarikh:24 Mac 2009 (Selasa)
Jam:3.00ptg
Tempat:Pejabat Pelajaran Daerah LMS,Jln.Taming Sari Taiping

Pengerusi:Yg.Bhg Tn.Hj.Md.Radzi Ismail,amp,ppt,.(DC LMS)

Agenda:
1.Ucapan Aluan
2.Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.
3.Laporan Unit dan Zon dan Perancangan/Takwin 2009-2010
4.Laporan Kewangan
5.Laporan Hal-Ehwal tadbir (pendaftaran 2008 dan 2009)
6.Lain-lain hal;
6.1 Anugerah Rambu PKK
6.2 Pentarafan Pengakap Raja
6.3 Kem Maju
7.Penangguhan

Semua ADC dijemput HADIR.Pakaian formal.Terima-Kasih.

Tuesday, March 10, 2009

Pembinaan Blog/Web Kumpulan Di LMS

Adalah digalakkan agar kumpulan-kumpulan yang berdaftar di LMS ini untuk membina blog atau laman web masing-masing.Pembinaan ini adalah amat-amat dialu-alukan.
Tujuan pembinaan blog atau laman web adalah seiring dengan kemajuan teknologi hari ini.Memahami bahawa dunia telah berubah zaman sudah maju,maka elemen dan penggunaan teknologi komunikasi harus direbut oleh semua kumpulan.Laman blog atau web haruslah menjadi satu wadah untuk mempromosikan kepengakapan ke khalayak masyarakat.Pemberitahuan atau penyaluran maklumat yang pantas ini sekurang-kurang boleh dipantau secara langsung oleh para ibu bapa.Ianya juga adalah perlu menjadi satu medan untuk anak-anak pengakap ini bertukar fikiran,menambah pengetahuan/maklumat dan mengetahui bahawa dunia berpengakap ini adalah dunia yang cukup luas dan unik.
Namun kumpulan-kumpulan yang telah dan sedang membina laman blog atau web masing-masing perlulah mengambilkira perkara-perkara berikut;

1.Hendaklah sentiasa berada di landasan Berpengakap
(Tidak menyentuh dasar atau prinsip PPM)
2.Bertanggungjawab terhadap semua maklumat yang disiarkan.
3.Menyiarkan maklumat seperti Nama,Alamat,No.Telefon atau alamat email Pengendali Blog atau Wed tersebut.

Tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah melancar Laman Blog atau Web.
Teruskan Usaha Untuk Kecemerlangan Berpengakap.

Kursus CALT:Manikayu 3 Biji

Anjuran PPM dengan Kerjasama KLM (BPG) pada ketentuan berikut;
Tarikh:22-28 Mac 2009
Tempat:Kem Kijang Kelantan
Bayaran Penyertaan:RM350.00

Mana-mana pemegang manikayu 2 biji 3 tahun ke atas boleh memohon melalui PPM Negeri Perak.

Wednesday, March 4, 2009

Just Think.....

If you are paid to do scouting,you are called a Professional.
but...
If you are not paid to do Scouting,you are called a Volunteer.
and...
If you pay to do Scouting,you are called...a Scouter.

Tuesday, March 3, 2009

Kem Pra Anugerah Rambu PKK LMS 2009

Peringkat Daerah LMS:

Tarikh:13-14 Mac 2009
Hari:Jumaat-Ahad
Tempat:Kem Hutan Lipur Kaki Bukit Larut Taiping
Anggaran Peserta: 130 orang
Bilangan Pegawai: 20 pemimpin

Pegawai bertanggungjawab;
1.En.Azizan Murad (adc zon Batu Kurau)
3.En.Jamil Wahab (adc zon Simpang/Trong)
2.En.Fareezuan Ong Abdullah (adc PKK LMS/Penyelaras)

Monday, March 2, 2009

Kem Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2009

Tarikh:26 hingga 29 Mac 2009
Hari:Khamis (mulai jam 10.00pg) hingga Ahad (bersurai jam 1.00ptg)
Tempat:Kem Kota,Layang-Layang Kiri,Parit.

Peserta LMS: 22 orang (1 perempuan 21 lelaki)
(senarai rujuk blog Unit Remaja LMS)

Pegawai bertanggungjawab;
1.En.Fadil Osman (Pengerusi Latihan LMS/0195708906)
2.En.M.Azaini Sham M.Ali (adc Remaja LMS/0195762734)