"SATU DUNIA SATU PERSETIAAN"

Saturday, August 15, 2009

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2009

Adalah dimaklumkan bahawa pihak daerah masih BELUM menerima keputusan tersebut daripada pihak PPM Negeri Perak atau apa-apa arahan daripada pihak negeri.

Justeru itu sebarang pertanyaan dari peserta,pemimpin kumpulan dan kuasa penganjur hendaklah diajukan TERUS kepada;

Tn.Hj.Kamarul Mohd Ali
(Asc PPM Negeri/SU Program PPM Negeri Perak)
HP No: 012 5714798

Friday, August 7, 2009

Kem Pra Ujian Sikap LMS 2009

Terima Kasih kepada semua peserta yang berani hadir untuk belajar dan mencari pengetahuan.Terima Kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pemimpin/pegawai yang tidak pernah kena jemu.Jumpa lagi...di kem akan datang..

Kem Ujian Sikap Negeri Perak 2009

Untuk makluman dan tindakan kumpulan adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kem tersebut yang dijadualkan akan berlangsung pada 13-16 Ogos ini adalah DITANGGUHKAN sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak PPM Negeri Perak.
Sekian.

Thursday, August 6, 2009

Makluman Penting

Berikut ialah arahan PENANGGUHAN Perkhemahan Lencana Keris Perak LMS yang dijadual pada 7 - 9 Ogos 2009 bertempat di SK.Kamunting.Program ini ditangguh hingga ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan semula.Penangguhan ini adalah atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.Juga atas nasihat oleh pihak PPD dan pihak Kesihatan.
Kepada semua kumpulan yang terlibat, kesulitan ini amat kami kesali dan kami mohon jutaan kemaafan atas penangguhan ini.

Harap Maklum.

Pengerusi Program LMS
b/p Pesuruhjaya Pengakap Daerah LMS