"SATU DUNIA SATU PERSETIAAN"

Wednesday, February 25, 2009

Pemakaian Unifom Pengakap

Seperti yang telah diketahui bahawa pihak Pejabat Pelajaran Daerah LMS telah pun menggalakkan unit-unit unifom di sekolah untuk memakai pakaian tersebut pada setiap hari Rabu dan pekeliling tesebut telah dikeluarkan 3 tahun yang lalu.Dan terbaru saranan KPM dan JPN agar perhimpunan dengan pakaian unifom pada setiap Isnin minggu ke-3.
PPM Daerah LMS menyokong penuh saranan dan galakkan tersebut.Justeru itu adalah digalakkan agar semua ahli dan pemimpin pengakap sekolah-sekolah LMS untuk memakai unifom pengakap pada setiap hari Rabu.
Dengan berunifom ini maka akan memberi ruang untuk proses pengenalan kepada orang ramai serta membuktikan kekuatan dan kesungguhan berpengakap.Kepada para pemimpin ini akan menjadi motivasi kepada ahali-ahli untuk berunifom.
Juga perlu ditekankan agar pemakaian unifom ini hendaklah lengkap dan betul kedudukan lencananya.Jangan sesekali memakai unifom pengakap tanpa skaf.
Pihak daerah juga merakam jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah mula memakai unifom pada hari Rabu.Kepada yang belum,cuba..cubalah.

0 comments:

Post a Comment