"SATU DUNIA SATU PERSETIAAN"

Tuesday, March 10, 2009

Pembinaan Blog/Web Kumpulan Di LMS

Adalah digalakkan agar kumpulan-kumpulan yang berdaftar di LMS ini untuk membina blog atau laman web masing-masing.Pembinaan ini adalah amat-amat dialu-alukan.
Tujuan pembinaan blog atau laman web adalah seiring dengan kemajuan teknologi hari ini.Memahami bahawa dunia telah berubah zaman sudah maju,maka elemen dan penggunaan teknologi komunikasi harus direbut oleh semua kumpulan.Laman blog atau web haruslah menjadi satu wadah untuk mempromosikan kepengakapan ke khalayak masyarakat.Pemberitahuan atau penyaluran maklumat yang pantas ini sekurang-kurang boleh dipantau secara langsung oleh para ibu bapa.Ianya juga adalah perlu menjadi satu medan untuk anak-anak pengakap ini bertukar fikiran,menambah pengetahuan/maklumat dan mengetahui bahawa dunia berpengakap ini adalah dunia yang cukup luas dan unik.
Namun kumpulan-kumpulan yang telah dan sedang membina laman blog atau web masing-masing perlulah mengambilkira perkara-perkara berikut;

1.Hendaklah sentiasa berada di landasan Berpengakap
(Tidak menyentuh dasar atau prinsip PPM)
2.Bertanggungjawab terhadap semua maklumat yang disiarkan.
3.Menyiarkan maklumat seperti Nama,Alamat,No.Telefon atau alamat email Pengendali Blog atau Wed tersebut.

Tahniah kepada kumpulan-kumpulan yang telah melancar Laman Blog atau Web.
Teruskan Usaha Untuk Kecemerlangan Berpengakap.

0 comments:

Post a Comment