"SATU DUNIA SATU PERSETIAAN"

Tuesday, March 31, 2009

PERKHEMAHAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NG PERAK 2009


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah berjaya melaksanakan Kem Ujian Pentarafan pada 26 hingga 29 Mac 2009 bertempat di Kem Kota, Layang-layang Kiri, Bota, Perak.
Seramai 137 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu seramai 111 orang peserta lelaki dan 26 orang peserta perempuan. Saya dan En. Amiruddin Baki dari daerah Batang Padang yang menjadi Ketua Kem bersama ingin merakam jutaan terima kasih kepada para jurulatih yang telah bertukus-lumus dari hari mula ke hari yang terakhir.
Kami merasa berbesar hati kerana kem kali ini telah dilawati oleh seorang ahli pengakap dari negara Austria (En.Leouhard Neunteufel)yang ingin merakamkan pengalaman peserta ujian untuk dijadikan kenangan beliau selama satu semester(program pertukaran pelajar) di UTP Sri Iskandar. Di samping itu En Yeoh Seng Choon(bekas Pen. Pesuruhjaya Negara - Bhgn Latihan) juga berkesempatan untuk bersama di dalam kem tersebut.
Semoga kem ini dapat memberi pengalaman dan pengajaran yang berguna khususnya kepada peserta ujian untuk dijadikan pedoman di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment